Monday, 30 December 2013

KEJOHANAN BOLING PADANG PAIRS REMAJA SELANGOR


17/12/13 - 19/12/13 berlakunya KEJOHANAN BOLING PADANG PAIRS REMAJA SELANGOR di Bayuemas Indoor Bowls Stadium. Bertolak dari Sepang pada hari Isnin 16/12/13. Sampai sahaja di sana, kami buat praktis sebab kami di Sepang Perdana menggunakan green rumput manakala di Bayuemas guna green karpet. So weight and line kena tukar. Aku and Zur** sangat bersyukur sebab kami first time masuk and kami dapat bawa balik medel. Zur** and pasangannya dapat Johan dalam 'winnerpool' and dia juga terpilih untuk SUKMA pada 2014 untuk mewakili Selangor. Alhamdulillah aku dapat Naib Johan dalam 'losserpool'. Walaupun 'losserpool' tapi aku bersyukur kerana aku tak sangka langsung dapat bawa balik medel. InsyaAllah pada hujung tahun 2014 aku akan menjelma lagi dalam Lawn Bowls.. :-)

Pengalaman dalam KEJOHANAN SINGLE PIALA PRESIDEN BAWAH 21 TAHUN 2013


11/12/13 - 13/12/13 berlakunya KEJOHANAN SINGLE PIALA PRESIDEN BAWAH 21 TAHUN 2013 di Gelanggang Boling Padang Sepang Perdana. First time aku masuk pertandingan Lawn Bowls ni. Walaupun lawan sesama sendiri, alhamdulillah aku dapat nombor 5. 
Dapatlah satu sijil and madel untuk kenangan. Selama 3 hari juga aku bertungkus-lumus dengan pertandingan ini. Pertandingan ini banyak memberi kenangan dan pengalaman yang sangat mendalam dalam diri aku. Start dari tarikh 11/12/13 ini aku rasa aku ingin menjadi seorang atlit yang berjaya dalam Lawn Bowls. InsyaAllah kalau ada rezeki aku ingin aktif dan berjaya dalam bidang sukan ini. Sekarang aku hanya perlu fokus kepada study. Sukan akan menyusul nanti..

Reset Blog

Hari ini bersamaan 30 December 2013 aku ingin reset kembali blog ini. Dah lama aku tak menulis dalam blog. Now aku akan selalu bercerita mengenai kejayaan aku dalam bidang sukan. I love bersukan.